Syarat lulus loan kereta ini ditulis khas untuk bakal pembeli kereta pertama. Korang mesti nak tau perkara yang korang perlu sediakan untuk beli sebuah kereta.
Jangan risau dengan maklumat lengkap yang disenaraikan bakal memudahkan proses anda untuk membeli kereta pertama pilihan anda.
Tips beli kereta yang dikongsikan ini sangat berguna untuk bakal pembeli kereta di Malaysia supaya urusan loan bank anda lebih lancar dan mudah untuk diluluskan tidak kira jika anda menghadapi masalah bergaji kecil, komitmen tinggi, bekerja sendiri, atau berniaga dengan akaun syarikat sendiri.
Semak Nama Anda Dulu dan Pastikan Nama CLEAR.
Check rekod CCRIS (Bank Negara). Pastikan dalam 12 bulan terkini tiada hutang tertunggak sehingga 2 bulan ke atas.
Sebagai Contoh:
0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 – rekod begini bank suka, sebab anda merupakan pembayar hutang yang bagus.
0 0 1 2 1 0 1 1 0 0 1 0 – walaupun dalam rekod ada satu kali 2 bulan pembayaran tertunggak tapi bank masih boleh luluskan.
0 1 2 1 0 2 2 2 2 2 2 1 – rekod Ini tak cantik 99% Bank akan reject loan kita.
Blacklist seperti:
- AKPK
- Special Intention Acct
- Reschedule Payment
- Jadi Gerentor orang tapi dia tak bayar atau pembayaran tak cantik
CTOS – hutang-hutang kecil seperti:
- Credit Motor
- Singer
- Aeon Credit
- iPhone
- Macbook
Akan tetapi jika hutang CTOS bawah RM 1000 ada bank yg boleh luluskan loan kita.
CTOS Sdn. Bhd.
Alamat: A-8-4, 8th floor, 189, Megan Avenue 1, Jln Tun Razak 50400 KL.
Nombor Telefon Pejabat: +603 2770 8833
Website: www.ctos.com.my
Semak Kelayakan Gaji Anda.
Perkara penting yang anda perlu tahu ialah gaji minima untuk pinjaman kereta adalah RM 1500 ke atas.
Tips: Jika bayaran bulanan sebuah kereta RM 600 / sebulan, maka gaji bersih selepas tolak EPF (KWSP) & SOCSO mesti tidak kurang Dari RM 1800. ( RM 600 x 3 )
Jika gaji kurang daripada syarat minima maka perlu beri satu penjamin:
- Ibu atau Bapa
- Suami atau Isteri
- Adik beradik tapi sekarang banyak bank yang tak mahu terima sebagai penjamin
Tips: Jika tiada penjamin seperti di atas hubungi Sales Advisor Perodua untuk maklumat lanjut
Semak dan Kira Komitmen Bulanan Anda
Secara kasar jangan melebihi 70% bila dicampur campur termasuk pinjaman kereta Ini.
Pengiraan ini penting bagi memastikan anda mampu membayar bayaran bulanan kereta, servis dan penyelenggaran kereta tersebut.
Sebagai contoh:
- Minyak
- Tol
- Parking
- Servis Minyak Hitam
Tips untuk mengurangkan komitmen atau bayaran bulanan kepada bank
- Beritahu bank kita nak trade in kereta lama jika ada.
- Sediakan downpayment at least 10%
Bagi Bekerja Sendiri, SSM Perlu Minimum 2 Tahun
Sediakan penyata bank syarikat 6 bulan terkini.
Pendapatan anda secara individu di kira hanya 20% dari jumlah Duit yg masuk setiap bulan.
Sebagai contoh: RM 10,000 (jumlah masuk) x 20% = RM 2000.
* Boleh juga Buat arahan TETAP(SI) Dari Akaun Syarikat transfer ke Akaun Saving anda dan kita boleh kata itu GAJI kita setiap bulan.
Lesen Memandu Sekarang WAJIB ada, sekurangnya Lesen P
Jika anda nak beli kereta, anda perlu ada lesen memandu untuk memandu kereta kerana perlu patuhi undang-undang Malaysia.
Bagi Lepasan Diploma/ Ijazah Boleh apply 100% loan dibawah Skim Graduan
Syarat Kelayakan:
- Umur antara 20 – 30 tahun
- Diploma / Ijazah yg diiktiraf (sijil)
- Sehari bekerja layak memohon.
- Jawatan Tetap/ Kontrak juga boleh memohon dengan syarat baki kontrak masih lebih 6 bulan.
Gaji yg dikira layak perlu berbaki RM 1000 setelah ditolak bayaran bulanan kereta + EPF (KWSP) + SOCSO.
Contoh Pengiraan: RM 1800 (Gaji) – RM 540 (Kereta Axia) – RM 198 (EPF) – RM 9.25 (SOCSO) = RM 1052.75 (Baki yang tinggal). - layak memohon
Bagi Yang Tak Cukup Syarat
Gaji kurang atau bekerja sendiri (bisnes dengan SSM) atau tiada payslip.
Ada 2 cara untuk mengatasi isu ini iaitu:
- Buatkan kenaikan Gaji (boleh berbincang dengan majikan) dalam slip Gaji terkini dan masukkan jumlah gaji yang baru ke dalam akaun bank.
- Cara lain masukkan Gaji yg mencukupi selama 3 bulan dalam akaun bank. Sediakan slip Gaji dan syarikat untuk menjawab call.
Untuk lepasan Diploma atau Ijazah (Degree) yang tak cukup syarat seperti diatas:
- Perlu ada Offer Letter dari majikan dengan Gaji yang sesuai dengan kereta yg ingin dibeli. Syarikat boleh jawab call untuk kepastian tentang tempat anda bekerja.
Baca: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta
Setelah anda baca dan meneliti tips-tips di atas, anda sudah boleh buat kira-kira untuk merancang kewangan membeli kereta Perodua baru ataupun kereta secondhand / 2nd hand dengan downpayment, 0 deposit atau pun trade in kereta lama.
Pastikan anda grab promosi terkini yang selalu diberi oleh syarikat Perodua.
Jika anda ingin mendapatkan promosi perodua axia, alza, myvi atau bezza, klik - Lihat di Promosi Perodua.
Jika anda pening kepala nak memikirkan syarat-syarat yang ada, takut nak apply loan, atau tak tahu loan boleh lepas atau tak, hubungi Sales Advisor Perodua, kami akan berikan khidmat nasihat dan bantuan percuma untuk apply loan sampai berjaya.






Kalau contoh saya nak buat loan kereta tapi saya ada loan rumah. Tp loan rumah tu saya bayar progressive fee je skrg. 2028 baru bayar full. Jadi, gaji bersih akan tolak guna progressive tu ke harga loan rumah?
Suami saya acc bank kena close boleh ka buat loan kereta ?
saya ada apply loan..dan loan dah lulus 100%..saya nak tanya..selalu nya berapa bayarn kena stanby masa amik kereta..mcm roadtax n insuran tu..sy nak standby duit..alza H
Saya berumur 55 tahun adakah layak untuk loan kereta
kalau gaji masuk bank tapi tiada potongan epf boleh memohon loan dgn bank ke?..
Assalamualaikum boleh nak tanya, kalau ambil full loan (zero), bulan ii bayar manual or tolak dri debit boleh ke? Saya tak mahu tolak dari pay slip..
Loan saya sudah approved dari bulan 10/23 dan hanya tggu kereta keluar.masalah sekarang sampai bulan 2/24 masih belum keluar kereta.ejen seller saya wasap pada 5/2 bg tahu saya kena buat loan balik selepas ini .kerana loan saya terbatal auto selepas 3 bulan.betul ke mmg auto terbatal selapas 3 bulan?
Nak tanya..kalau RM1500,rasanya lepas tak kalau saya nak beli myvi yang full spec punya...Downpayment RM42,000
kalau downpayment tinggi ada probability boleh lulus, kene tny SA untuk confirmation, selalu bank mmg minimum requirement RM 1,800
kalau nama untuk buat loan tu tiada lesen boleh ke ?
saya ada loan motor tapi payment cantik. boleh loan kereta tak?
kalau gaji bersih masih layak, boleh buat loan kereta
Saya nak tya...abg sy nk beli kereta tp die xde lesen dan sbb die xde lesen die nk guna ic,lesen kereta sy dn status sy yg blm berkahwin..adakah tu syarat tuk pembeli yg xde lesen ataupun sy ni sbgai penjamin..gaji die 2k keatas..sbb kalau sy jd penjamin die sy xnk..
Saya gaji basic 1500 & penjamin saya adalah sepupu. Tapi bank cuma mahukan ibu bapa / isteri sebagai penjamin. Ibu bapa saya bekerja biasa2 sahaja & saya tidak ada isteri. Ada cara lain x untuk loan saya lulus?
cuba tny SA apa yang boleh dibuat, kalau boleh try bincang dengan majikan untuk naikkan gaji basic / adakan elaun yang dapat memenuhi syarat dari bank
Saya ada loan motor kat aeon, bayaran tertunggak tu tak ada tp pembayaran tidak berapa bagus, basic gaji 2k dpt kh loan kereta?
At least record ccris kene cantik dpt 0 byk tu bagus. Try la apply kat SA untuk tengok lepas ke tak. Kene tengok juga kalau ada komitmen lain
Saya ingin membeli kereta untuk dihadiahkan kepada seseorang. Saya yang akan membuat loan tetapi nama pada kereta, saya hendak letakkan nama orang yang ingin saya hadiahkan tersebut. Bolehkah begitu?
boleh, inform kepada SA untuk proses yg perlu dibuat
Saya ingin membeli kereta tapi saya tiada rekod ctos atau ccris dan permohonan saya ditolak. Saya juga merupakan lepasan graduan diploma dan sekarang sedang bekerja. Boleh ke saya cuba cara skim graduan lepasan diploma bagi permohonan loan kereta? adakah tahun 2023 masih valid guna cara ini?
masih valid, boleh cuba apply, nnt bank akan minta beberapa details untuk meluluskan permohonan
Baru habis bayar loan Keta dan umah. Gaji kecik je dalam 2k. Boleh ke buat loan Myvi?
boleh check dengan SA untuk kelayakan
Saya ada loan rumah (gov) dan loan peribadi..sy nak trade in myvi 2007 tapi komitmen sy tinggi..gaji bersih yg tinggai tak sampai 1000..layak tak sy buat loan kereta bezza 1.0G auto..
Kalau saya akan kira mcm ni, bezza 10.G Auto full loan RM 431 sebulan (anggaran). RM 431 x 4 = RM 1,724 (minimum gaji bersih). Kalau ikut formula ni kita sebenarnya kurang layak untuk buat loan. Tapi boleh bertanya kepada SA dahulu sekiranya merekan boleh bantu.
Saya ada blacklist akpk. pernah buat permohonan bank untuk loan kenderaan tapi ditolak atas alasan ada akpk. Apa cara yang boleh saya buat untuk dapatkan pinjaman bank bagi pembelian kereta.
Kena selesaikan bayaran AKPK. Selepas semua dah settle dengan AKPK baru boleh buat pinjaman pembelian kereta.