Insurans kereta anda dah nak expired? Kini anda boleh renew insurans kenderaan anda secara online atau boleh walk in dimana-mana agen insurans kereta berhampiran anda untuk dapatkan sebut harga bagi kenderaan anda.
Penting untuk anda bandingkan syarikat insurans yang dapat menawarkan harga yang berbaloi dan dalam pada masa yang masa memberikan perlindungan kepada kenderaan.
Berikut adalah jenis polisi insurans yang korang kena tahu:
Insurans Komprehensif
Polisi insurans kereta ini menawarkan perlindungan paling menyeluruh kepada pemiliknya. Ia juga dikenali sebagai insurans first party.
Polisi ini melindungi pemilik kereta daripada kerugian atau kerosakan harta benda sendiri dan tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak terbabit, serta kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Polisi ini biasanya diwajibkan untuk kereta baharu dan kereta berusia sehingga 10 tahun, khususnya yang membeli kereta dengan pinjaman bank.
Insurans Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
Polisi ini melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda, serta kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Selain itu, polisi ini turut menawarkan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda jika berlaku kejadian seperti kebakaran atau kecurian.
Polisi ini lebih sesuai bagi kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas dan kenderaan yang jarang digunakan.
Insurans Pihak Ketiga
Insurans pihak ketiga adalah polisi perlindungan yang paling asas dan hanya melindungi pihak ketiga sahaja. Pihak ketiga dimaksudkan dengan individu lain yang terlibat (mangsa) jika berlaku situasi yang tidak dijangka.
Perlindungan yang diberikan merangkumi kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga, serta kecederaan dan kematian pihak tersebut akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda.
Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang anda sendiri.





