Kereta Perodua Aruz antara kereta SUV yang paling laris buat masa sekarang. Sesuai untuk perjalanan dalam bandar dan jarak jauh (travel, balik kampung) kerana kereta ini boleh dikatakan sangat luas, jimat minyak dan juga ruang hood yang besar.

Boleh letak banyak barang dalam hood, kereta yang sangat 'convenient' untuk perjalanan balik kampung.

Harga kereta Aruz dalam range RM 72 900 - RM 77 900 dan boleh dikatakan sangat-sangat 'affordable' untuk segmen SUV.

Dan Perodua Aruz merupakan jualan kereta SUV yang paling tinggi di Malaysia.

Penggunaan minyak Perodua Aruz secara purata dalam anggaran 15.6 KM/L mengikut cara pemanduan.

aruz fuel consumption
aruz fuel consumption

Perodua Aruz boleh didapati dalam dua varian berbeza: 1.5 X dan 1.5 Advance. Julat harga untuk model Aruz bermula pada RM 72, 900 untuk varian 1.5 X, manakala varian 1.5 Advance berharga RM 77, 900 (semua harga yang dinyatakan adalah atas jalan tanpa insurans).

Senarai harga kereta Aruz baru ada di jadual dibawah. Lihat spesifikasi penuh Perodua Aruz.

Berikut adalah harga kereta Aruz terkini bagi pembeli yang berada di semenanjung Malaysia sahaja. Pengiraan ansuran bulanan adalah berdasarkan pembiyaan/pinjaman bank 7 dan 9 tahun dan juga Interest Rate 3.5% tanpa downpayment..

Varian Harga OTR Bayaran Bulanan Gaji Minima (Bersih)
7 Tahun 9 Tahun
Aruz 1.5 X RM 72 900 RM 972 RM 799 RM 2700
Aruz 1.5 Advance RM 77 900 RM 1,039 RM 854 RM 2800

*Kelulusan pinjaman kereta tertakluk kepada terma & syarat daripada pihak bank.

Nota:
Harga yang ditunjukkan mungkin berbeza mengikut harga semasa Perodua dan juga interest rate bank. Untuk harga yang lebih tepat, anda boleh semak dengan Sales Advisor terlebih dahulu.

Kebiasaanya interest rate berbeza untuk setiap bank dan anda akan dapat dalam range 2.85% - 3.25% - bergantung kepada score yang bank tetapkan.

Seeloknya sediakan 10% deposit daripada harga kereta sebagai 'downpayment', cara ini membantu untuk kurangkan bayaran bulanan kereta Bezza baru dan juga interest.

perodua aruz convenience elevated
perodua aruz convenience elevated

Model Aruz 1.5 Varian X

Varian Aruz 1.5 X didatangkan dengan pelbagai ciri standard, termasuk power window, penghawa dingin manual dan sistem maklumat hiburan skrin sentuh dengan sambungan Bluetooth. Ciri keselamatan termasuk dua beg udara hadapan, ABS dengan EBD, dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC).

Model Aruz 1.5 Varian Advance (AV)

Varian Aruz 1.5 Advance menambah beberapa ciri premium seperti penyaman udara automatik, tempat duduk kulit dan reverse camera. Aruz Advance (AV) turut dilengkapi ciri keselamatan tambahan seperti Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Proses Untuk Membuat Tempahan Kereta Aruz Baru

  1. Call / WhatsApp Sales Advisor Perodua berdekatan.
  2. Hantar dokumen yang diperlukan.
  3. Bank akan check kelayakan pinjaman.
  4. Masuk booking dan tunggu prosess pengeluaran kereta.
  5. Ambil kereta baru di Showroom Perodua, atau boleh jumpa Sales Advisor di mana-mana tempat mengikut persetujuan.
Tag Berkaitan:
Info Ini Berguna Untuk Anda? Kongsikan 
Jom Beli Kereta Perodua Baru
Lebih Ramai Sales Advisor Disini
Lebih Banyak Artikel Mengikut Kategori

One comment on “Harga Perodua Aruz Baru 2023 dan Bayaran Ansuran Bulanan”

Ada Soalan? Boleh Bertanya Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Info Terkini Kereta Perodua

Sales Advisor Perodua Mengikut Negeri

car