1. Hubungi Sales Advisor terdekat anda (WhatsApp/Call/Showroom).
  2. Nyatakan Model Perodua yang ada berminat dan warna.
  3. Sales Advisor akan jawab segala pertanyaan anda dan check kelayakan pembelian kereta.
  4. Sediakan dokumen lengkap kepada Sales Advisor untuk proses loan.
  5. Apabila Loan Bank Approve, Sales Advisor akan maklumkan kepada anda dan terus allocate stock kereta Perodua untuk anda.
  6. Kemudian, Sales Advisor akan aturkan perjumpaan dengan bank untuk proses tandatangan perjanjian dengan bank yang berdekatan dengan anda.
  7. Apabila stok kereta sudah sampai, Sales Advisor akan maklumkan kepada anda dan terus ke proses pendaftaran kereta.
  8. Sekiranya anda ada "downpayment", anda perlu jelaskan terlebih dahulu sebelum Sales Advisor lakukan pendaftaran kereta baru anda. Pembayaran hanya dilakukan terus ke akaun syarikat dan bukan ke akaun persendirian Sales Advisor.
  9. Kemudian Sales Advisor akan aturkan penghantaran kereta Perodua anda atau anda boleh ambil sendiri di Showroom Perodua berdekatan anda.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman beli kereta seperti Perodua, Proton, Honda, KIA, Mazda, dan lain-lain seperti berikut:-

Kakitangan kerajaan :

  1. Salinan IC (depan & belakang)
  2. Salinan lesen (depan & belakang)
  3. Payslip 3 bulan terkini

Kakitangan swasta :

  1. Salinan IC (depan & belakang)
  2. Salinan lesen (depan & belakang)
  3. Payslip 3 bulan. Kalau ada ot atau elaun sila bagi 6 bulan.
  4. Bank statement @ penyata KWSP

Berniaga

  1. Salinan IC (depan & belakang)
  2. Salinan lesen (depan & belakang)
  3. Salinan pendaftaran syarikat (ssm)
  4. Bank statement 6 bulan

Skim Graduan (sehari bekerja layak memohon) :

  1. Salinan IC
  2. Salinan lesen
  3. Salinan skrol degree atau diploma / transcript
  4. Surat tawaran pekerjaan

Student / pelajar :

  1. Salinan IC
  2. Salinan lesen
  3. Kad pelajar
  4. Dokumen penjamin (ibu@bapa yg masih bekerja)

Sdn. Bhd.

  1. Salinan IC director
  2. Form 9, form 24, form 44, form 49
  3. Bank statement syarikat 6 bulan
Tag Berkaitan:
Info Ini Berguna Untuk Anda? Kongsikan 
Jom Beli Kereta Perodua Baru
Lebih Ramai Sales Advisor Disini
Lebih Banyak Artikel Mengikut Kategori

153 comments on “Proses Beli Kereta Baru Perodua Updated 2025”

  1. Hi Perodua,

    Sekiranya kita beli kereta di negeri lain, adakah dikenakan charge penghantaran kereta? Maksudnya kena bayar kepada Sales Advisor.

    1. Sekiranya kita beli kereta long dh lepas cuma sain ja lepas seles bgi tau perhataran akan di cas rm350 penghantaran kereta? Maksudnya kena bayar kepada Sales Adviso

  2. sy sedang dlm proses membeli produa ativa adv menggunakan full loan. bank ada telefon tp sehingga sekarang selepas smgu sy masih tak tahu jawapan kepada status loan sy. adakah bermaksud sy x lepas loan tu? SA pon ada beritahu supaya tgu dan akan maklumlan kepada sy. jika loan sy lulus adakah sy perlu tgu stok kerete ada br sain agreement?

  3. Laon Alza X dah approved & dah bayar booking rm100 kat u1st perodua passport apps.
    SA kata proses menunggu 2-4 bulan.
    Boleh tahu agreement bank kena sign dulu ke sebelum stock kereta confirm sampai?

    1. Knpe booking sy kne byr rm300 ek,ke sy ni dh kne tipu kt sa..Dh la resit xbg..Tya 1 jwb 1,pastu bla loan dh llus,syp mcm tu jer,skit pom xbg details psl loan lulus brpe,bulanan brpe,muka brpe..sy rsa dia bkn sa,tp org tgh..tgk msg pom dia mcm copy dri lain.

      1. Kak,bayar ke SA ke? Saya bayar booking guna apps perodua u1st. Kalau guna u1st apps tu legit. Kalau serah tangan baik tanya balik SA tu. Kalau dia berdolak dalih, bg tau pengurus cawangan.

      2. booking biasa rm100 je awk. rasa dia ni orang tengah .. ambik duit tu.. bayaran biasa kita guna apps Ufirst perodua tak melalui SA.

  4. Boleh tak kita tukar cawangan kita book kereta. Saya dah book kereta, tapi nak tukar ke cawangan perodua lain. Boleh tak gitu?

    1. Boleh. Cuma perlu bagitahu pihak bank yang nak tukar dealer lain. Loan tidak akan ada effect apa apa

  5. Kalau dkt app car allocated number plat dah register, berapa lama lagi tunggu kereta di daerah sarawak?

  6. hai ..nk tya klu beli kereta aruz full loan then memamg kena bayar advance(jumlah instlment bulanan pd SA ke cnth sy perlu byr rm843 advance ??

    1. memang ada bayaran advance installment tu. tapi biasa nya melalui bank. bukan SA. sy sebelum ni masa sign agreement loan tu bank minta bayaran advance tu sekali awak

  7. Hi, saya dah apply kereta, tpu sampai sekarang bank blom approve, nak pencerahan, kenapa proses mcm tu?

  8. sy booking axia rahmah on july.... dah submit doc... n bank dah call utk pengesahan permohonan utk loan... then, smpai skang pon SA senyap tanpa berita... katenye 3 bln... bile tny bln 10, katenye kete xde stok... kene tggu lg... mmg kene tggu stok kete smpai dulu ke, then br proceed utk byr duit booking, g bnak sign agreement n sebagainye... mmg axia rahmah tu ade lagi ke? atau sekadar omong kosong??

  9. Kereta booking bulan 8.sekarang dh dpt no enjin dan no plate..check status delivery process..soalan saya berapa lama ye kena tunggu..

  10. Dah booking mereta 2 bulan lps. Bayar Depo RM100.00 dan blm dpt kereta, loan dah lulus tp blm sign agreemnt.

    Terpikir nk tuko warna kereta & SA ckp blh buat thru Ufirst. Dah cuba tp masih x ketemui cara

    Blh bantu saya tn/pn bagaimana caranya

  11. Sa bagitau nama saya dah naik untuk que kereta. terus saya bayar dp . sy book 3 bulan dah, awal bulan 10 saya book. so sy settlekan down payment cuma saya belum bayar insurans sbb chassis kereta belum masuk. so sy nk tanya number chassis MMG lmbt? kenapa lmbt sgt?

  12. saya dah bayar downpayment, katanya kereta pun dah ada,, boleh saya tahu tempoh berapa lama nak tunggu register tu? sales advisor saya sangat cool sampai saya perlu sendiri kena msg dia. bila saya tanya baru dia jawab, maaf terluah kt sini saya cuma nak tahu tempoh berapa lama utk diregister

    1. Hi, saya dah apply full loan dan dapat kereta dari branch. After 2 week pihak bank minta latest document 3 bulan payslip & bank statement untuk disburse loan. Bukan ke bila kita dah collect kereta tak perlu bagi lagi ape2 document

  13. Berapa lama menunggu untuk dapatkan Axia Manual. Saya dah buat booking dari bulan Julai lagi.

  14. Telah buat booking untuk Ativa 2T Red Black pada 4/11, Sign loan agreement pada 18/11. Lama lagi untuk dapat kereta?

  15. I book Axia baru, sudah ada no chesis dan no engine, agak- agak bila boleh dapat kereta?

  16. Hi. I have paid a booking fee for a Bezza. However, the interest was too high with a sales advisor from KL. I decided to cancel it and try with a sales advisor from Johor and I got a very low rate in Johor, so I paid the downpayment and signed my loan. However, I found out that my name is still on the booking with the sales advisor from KL and he said it will take 2 months to cancel and 2 more months to refund the booking fee.

    1. Its the same bank that u submit at jb? Because im also plan to change outlet,but now my interest i get very good,so im worried if i change the outlet the interest will be change to high.

  17. hi min nak tanya, saya dah booking Myvi dari tengah bulan 5 and approved loan dalam bulan 5 jugak.tapi baru harini saya sign agreement loan dgan bank. jadi soalan saya adakah kereta saya akan sampai tak lama lagi? harap admin notice soalan ni thank you =)

  18. Salam tuan, saya dah booking Alza pada 18.6.23 di Seremban 2. Saya dimaklumkan bahawa kenderaan akan dapat dalam tempoh 4 hingga 6 bulan. Mohon pengesahan pihak tuan samada kenyataan tersebut betul atau tidak.

  19. Assalamualaikum & selamat tengah hari.

    6/11/2023 : SA kata kereta dapat dah (MyVi Cranberry red).. SA tnya berkenaan no plat.
    -saya tanya berkenaan tempoh bila boleh ambil kereta, SA cakap proses register makan masa (tapi tak dinyatakan berapa lama)

    7/11/2023 : SA bagitahu untuk pembayaran deposit.

    8/11/2023 : saya selesai banyar deposit 10%

    Persoalan:
    - tempoh masa untuk saya dapat kereta masih lambat lagi kah? proses register kereta ambil masa berapa lama? sbb dah tanya SA, masih diberikan jawapan yang kurang jelas.

    1. loan sudah lulus no plat kereta dan chasis sudah dapat berapa lama lagi hendak tunggu kereta (aruz)

    1. Hal ini perlu bertanya kepada SA, dan kena tengok showroom mana yang boleh deliver cepat. selalunya proses menunggu dalam 3 bulan

  20. Nak tanya roadtax kereta dah hidup tp kereta bezza saya tak dapat lagi macam mana. Ke showroom pakai bawak jalan2 dulu

  21. Kalau beli by cash, boleh saya tau prosedur...
    Saya dah byr deposit 100 tapi bila check admin kata nama sy tak approved utk beli kereta

  22. Loan dah sign dan dah bayar downpayment selepas sign loan , sekarang status kereta car allocated dah dapat no chasis semua. Berapa lama ye ambil masa untuk amik kereta?

  23. saya dah lulus loan perodua. tpi belum sign agreement, sbb SA sy kata tunggu stock smpai baru sign agreement.. adakh itu normal? dan adakah slepas 3 bulan loan lulus, akan kena buat loan balik??

  24. Biasa ke SA suruh bayar downpayment dan daftar kereta dulu, sebelum kereta tu sampai stockyard (masih dlm shipping ship atas laut). Kononnya kereta bulan ini mesti daftar bulan ini juga. Customer tiada hak utk inspect kereta dulu sebelum daftar kereta itu?

    1. yup kena daftar dulu, boleh inspect time delivery, kalau ada apa-apa kerosakan semasa delivery boleh report ke Perodua semula

  25. Boleh saya tnya ..sekiranya kereta dahh llus dn kna srh byr dwnpayment dlu ...prlu kah kita bayar ..sebab stahu saya dwnpymnt tu tk prlu byr sb dealr tu dah dibyr oleh perodua dn pmbli tda spttnya bayar kan ..

      1. Hello, nak tanya..admin dah key in wrong color dalam booking saya..then dia dah try tukar dlm sistem, but still pending dlm apps perodua d hp sy..berapa lama ambil masa untuk approved dlm sistem untuk tukar color booking tu? Perodua Ativa

  26. Isteri saya sudah booking axia harga 42k di bulan April.cawangan Sri Petaling.Sale advisor kata 3 atau 4bulan tunggu.sekarang 6 bulan pun xdapat kereta lagi.apa cerita?Call pun lebih 2kali.semua alasan sama.booking banyak.xguna kalau x dpt urus.ok tq.

  27. Hi, boleh tanya kalau SA saya inform

    "Kereta belum allocated, sbb kereta belum sampai lagi"

    Berapa lamakah sebenarnya tempoh saya menunggu ?

  28. Saya nak bertanya SA ada bagi tahu yang loan saya telah lulus tapi bank tak hubungi saya untuk sign agreement dan SA pun masih menunggu dari bank. boleh jadi ke loan saya reject oleh bank?

  29. Loan saya approved dari 2 bank dan belum sign agreement. bagaimana saya nak batalkan loan salah satu bank tersebut?

    1. sign dulu agreement, n then bgtau bank lagi satu dah sign di bank lain, jadi automatik bank tau yang cik tak berminat untuk sign dengan mereka

  30. hi saya nak tanya. loan saya dah lulus dengan satu SA ni tapi interest agak tinggi. jadi saya apply dengan SA lain dan dapat interest lebih rendah. boleh ke saya cancel dengan SA yang pertama tadi ? saya rasa bersalah tpi its for my good sake 🙁

    1. Bank yg sama atau bank lain sa submit tu.sya pon plan nk tukar outlet.sekarang dpt interest rendah.takut nnt tukar outlet interest tinggi plak.tp Sa sekarang ni dok nampak mcm kena sidai dah ni

      1. apply bank lain dapat interest rendah, tapi flexi rate. saya ada kena sidai jugak dengan sa lama tapi saya desak branch admin outlet tu dan saya call hq perodua. then terus settle

  31. Dah sign loan agreement, dlam bulan ni SA ckap akan dot kereta, kalau saya nak buat Personal Loan, akan kacau untuk dpat kereta ke? Ada tgk video ckap dlm process tunggu kereta tak boleh buat loan lain? Dah tunggu kereta dari bulan 3,nak kan kepastian sahaja.

  32. Saya dah sign agreement loan dgn bank awal bulan hari tu, dlam process tunggu kereta, akan ada efek apa2 ke klau saya nak buat loan motosikal?

    1. bank akan kira semula komitmen bulanan (termasuk loan kereta walaupun belum start bayar) dan usually if you still eligible then your loan will get approve. in terms of interest rate tu bergantung kepada pihak bank

  33. hi, saya nak bertanya dan harap dijawab oleh admin. saya dah sign aggrement and sa saya mintak dp pada hari yang sama sbb dia kata kena bayar dulu baru boleh register kereta. adakah betul ? sa kata kereta dah ada. tapi saya still ada trust issue tentang pembayaran depo, adakah bayar waktu kereta dah depan mata, ataupun boleh ja bayar sekarang

    1. usually macam tulah prosesnya, kena bayar depo supaya boleh daftar kereta. pastikan pembayaran dibuat ke akaun bank syarikat

  34. Hello, hai. Bolehlah kita semak no giliran kita selepas booking kereta? Kalau boleh, di mana nak semak?

  35. Saya nk bertanya, Kalau dlm tempoh menunggu 3 hga 6 7 ke bbrapa bln,tiba2 kita bertukar kerja ada efek ke. Atau batal ke loan yg kita ambil atau mcm mna?sbb nk kena submit doc yg bru kn.

  36. Saya ada buat loan utk alza.untk kereta alza mmg kita akn menunggu lama kan.sya tak kisah lama asal kan dpt kereta. Tapi persoalan saya adakah sekarang bla loan sudah masuk 3 bulan x perlu submit doc baru. Sbb Sa sya bg tau.Awal bulan depan officer cadangkan utk renew Lou.. tapi dia ckp nk submit awal pn ok.????x faham la saya.

    1. renew loan ni mmg perlu dibuat setiap 3 bulan. submit awal tu sama je sebab bank akan check semula kiraan dan bagi rate interest baru.

  37. kalau dekat status dah delivery proses, biasa berapa lama boleh dpt kereta ?

  38. Saya dah sign loan..loan lulus bulan 3..tapi kereta belum smpai dkt 6 bulan..adakah itu normal..adakah kena buat loan semula?sbb diaorg minta saya hantr dokumen lain..andai sya cancel adakah saya dpt deposit kembali..andai kata saya beli dpt lain plak mcm mana?

  39. nak tnya min, baru-baru ini saya sudah approve loan axia e, time tu saya belu. ada loan apa-apa lepas tu 2 bulan lepas saya ada terai loan tmpt lain use car,
    adakah loan saya di produa akan reject. mohon penjelasan...

  40. Hi. Ada tak cara lain nak cek que kereta (booked) selain kena tanya SA? Hm help me.

  41. Bezza 1.0g auto sy booking dari May 2023. Sekarang sept 2023 masih tak dapat lagi. SA bagitau bezza 1.0g slow sangat sekarang. So better tempah 1.3x ada ready stock.

  42. pihak perodua akan maklum pada pembeli sekiranya kenderaan yang di order sudah di keluarkan dari kilang.sb sudah lama menunggu.loan puan dah tamat

  43. Booking fee ni boleh byr transfer atau cash? Sbb risau SA mintak transfer ke akaun peribadinya, normal ke macam tu?

  44. Loan sy baru approved hrini, SA mintak untk bayar booking rm300 ke akaun peribadi, SA kata booking fee ni akn deducted dekat deposit jgk nnti klu byr skrg, normal ke mcm tu? Lagi stu booking fee ni memang rm300 ke bergantung pd model kereta?

    1. betul duit booking akan deduct dekat deposit juga sekiranya loan lulus. Tapi untuk booking fee ni sama jee semua kereta RM 100

  45. macam mana yer kita nak tahu status kereta yang di tempah dan macam mana yer nak tahu dari hq kenderaan yang telah siap semua sebelum kenderaan keluar hari hq

  46. loan saya lulus full loan, tapi sa minta booking rm500 melalui akaun pribadi, apa nasihat admin? sebelum saya terlanjur.
    sa dari perodua kota kinabalu

  47. Kalau SA tak membantu, respond tak mesra alam..boleh ke kalau nak tukar SA lain? branch yg sama..sbb dah bayar booking

  48. Saya dah terima kereta pada 25 aug , bila kah proses bayaran bulanan berlaku ? Genap sebulan atau mcm mana tuan ?

  49. Adakah saya perlu membayar apa-apa semasa menandatangani agreement dgn pihak bank? Contohnya insurans?

    1. untuk bank anda tak perlu bayar apa-apa melainkan bayaran bulanan kereta tersebut. Boleh bertanya kepada SA tentang berapa loan yang bank luluskan dan apa caj-caj tambahan (roadtax, insurans) serta downpayment (jika lulus 90% loan) yang perlu disediakan semasa penghantaran kereta.

  50. macam mana proses penukaran booking kereta contoh untuk axia ke myvi dan berapa lama tempoh masa untuk penukaran/pembatalan booking untuk allocated ke booking kereta lain?

  51. sy sudah booking kereta pada 4 julai 2023. sekarang dh bulan september 2023. berapa lama lg harus sy tunggu utk dapat kereta perodua bezza 1.0 auto.

    1. saya booking Myvi Adv bulan April (sbb SA bagitau Bezza & Axia punya waiting list ramai sangat2), ni dah November pon tak dapat lg..

  52. Sy dah booking beeza 1.0 dr hujung tahun lepas bulan 12/2022...sampai sekarang belum dapat lg....janji 6 bln....ni dah bulan 9...

  53. Salam, saya dah bayar booking fee untuk kereta bezza tapi belum sign agreement lagi. Kalau saya nak tukar kereta Axia agak2 boleh ke?

    Dan saya ada beli no plat baru dan sudah pun maklum pic tu tapi dalam eVSO tak tolak lagi rm40 untuk no plat dalam tu, perlu ke saya risau?

  54. Saya ada bayar booking fee RM100 dekat satu cawangan. Tapi saya sudah tukar dekat cawangan perodua yang lain. Saya dah cancel booking. Adakah RM100 boleh refund balik?

  55. Maaf Nak Tanya harap admin Balas je .. saya loan dah approved.. tapi Sa yang cakap loan saya approved kat saya lepas tu dia takbagi P sign agreement lagi sebab DIA cakap stock kereta lambat 6 Sampai 9bulan tunggu kereta Sampai baru P sign normal ke... Sebab saya nampak Sa saya tukar company baru .. kat fb Sa tukar kerja . Lagi nama under duit booking tu Bukan nama Sa saya dah check tapi nama orang lain .. .

    1. yup normal sign loan lepas kereta dah sampai sebab kene register dulu kereta tu, tapi untuk booking should be bayar under nama syarikat.

  56. axia x coral blue kena tunngu berapa lama yerr.sy loan semau dh lulus.dah sebulan lebih masih menunggu

      1. Nak tanya ..kalau loan kereta baru insurance dngn road tax kita kena bayar lagi ker..sbb deposit sdh bgi..

  57. Salam tuan / puan, saya dah buat booking untuk Alza baru pada bulan Disember 2022 hingga sekarang belum terima kereta. Bila tanya SA berkenaan status, tiada jawapan khusus yang diberi selain masih tunggu stok. Adakah SA memang tiada cara untuk pastikan bila sebenarnya stok kereta boleh diperolehi?

  58. Semasa membuat tempahan kereta., SA ada minta bayaran Rm100 tanpa keluar resit rasmi.adakah bayaran itu normal?

  59. Hi..nak tanya..sy beli kete full loan.adakah apa2 bayaran bila loan da approve lepas tu??

  60. Hai, nak tanya, bila SA bgtau kereta dh ready stok saya pun buat full payment, tapi bila nak register keta SA bgtau tak boleh sbb saya dah buat full payment. Apa maksud dia eh? Saya tak paham, adakah saya tak boleh bayar full baru kereta boleh di register oleh SA?

  61. Sya beli kereta harga 54450.satu hri SA ckp loan lulus 47000 jd kne cover deposit 7450.dah byr. Bbrpa hr lepas tu bank ckp dpt luluskan 48800 pulak,jd SA ckp diorng akan refund deposit yg lebih tu. Tp ni dh 2 bulan blm refund. Brpa lama ye tempoh utk dptkan refund dr perodua?

  62. Saya ingin bertanya this is my first time beli kereta baru so….lepas kite dpt kereta start untuk bayar bulanan kereta tu bile ye….??? contoh dpt bulan 9 so bile kene start byar bulanan kereta tu ye??? yg ke-2 bayaran bulanan tu berbeza ke kalau dpt awl bulan tengah bulan atau hujung bulan ataupun sama saja??

  63. Hai. Nak tanya, if dekat dlm Ufirst app, tulis situ purchase status is Delivery Process, tu maksud dia kereta dh nk deliver ke, n if so, agak2 berapa lama?

  64. Saya dah booking tapi lepas 5 hari bank cakap loan tak lepas, kena tukar dengan saya punya grentor baru lepas. Kalau loan atas nama saya tak lepas. Jadi macam mana bayaran booking yg saya dah buat tu eh?

    1. boleh jee proceed dengan atas nama grentor, dan booking pun x da masalah walaupun nama org lain. Tapi, kalau x nk proceed boleh cancel booking, dan duit akan dipulangkan semua

  65. Saya pesara kerajaan , saya nak beli Axia E , Ada pencen Rm 3,000, Boleh mohon pinjaman ?, Kereta lama dah 20 tahun lebih

  66. klau bank loan dh lulus around bulan 7/2023, tp stok xde lg, berapa lama loan tu akan expired? sebab stok perodua sekarang lmbt kan? blh tau berapa lama biasa tempoh tunggu stok? tq

    1. kebiasaannya lepas 3 bulan anda perlu submit semula loan ke bank, dan stock perodua bergantung kepada jenis model, varian dan warna. Saya boleh kata secara purata kereta perodua 2-3 bulan waiting list. Dan ada juga yang sampai 6 bulan.

      1. Sekarang setahun dah menunggu kan. sebab ramai feedback 11 - 12 bulan. dah tak relevan dah 6 bulan, 3 bulan

  67. Contoh Axia advance. Biasa downpayment ambik masa brp lama nak ke bayar lepas kita booking? Adakah terus bayar or tgu bbrp bulan lepas tu?

  68. Loan saya dah lulus tapi saya tak pergi sign agreement sebab nak tunggu stock kereta dulu. Adakah proses kereta akan jadi lambat sebab saya sign agreement lambat?

    1. Boleh jee x sign agreement dulu dan masuk booking, tp untuk memudahkan kerja bila kereta dh smpi better sign dulu lagi bagus dn cepat, sebab loan start byr lepas dpt kereta

  69. Kalau kereta booking kena tunggu beberapa bulan, monthly payment dah start kena bayar dulu ya?

    1. kebiasan kereta kene tunggu 2-3 bulan depends pada model dan availability. Bayaran bulanan start lepas kereta dah dpt pada customer, sebab korang perlu tandatangan satu dokumen mengesahkan yang korang dah terima kereta.

  70. ada tak sebarang bayaran perlu dibuat semasa nak ambik kereta skranya dapat full loan?

      1. kereta myvi x 1.3 saya tggu sampai tap SA minta 1k.. saya full loan bank.. patut ke saya bagi?

  71. Saya ada buat loan bezza1.3 ,SA bagi tau loan bank sudah lulus tapi belum jumpa pihak bank untuk sign agreement.SA minta banking rm untuk booking kereta.pertanyaan saya ,adakah ini biasa/ normal?

    1. yup benda ni normal, kene masuk booking dulu baru boleh sign loan. Tapi pastikan bayar booking ke akaun syarikat Perodua ya

  72. Berapa lama yang masa di ambil kalau status (delivery proses)Dalam app.terima kasih

    1. selalunya SA akan cakap minimum 3 bulan, tapi ade juga model atau varian yang cepat, bergantung kepada rezeki masing2. SA akan suggest open color kalau betul2 nak cepat.

  73. Boleh kah kita membuat booking kereta melebihi dari satu tempat? Contohnya saya booking kereta di kelantan, tapi saya booking juga kereta di perlis kerana dengar khabar no giliran menunggu di sana lebih pendek.

    1. Kebiasaanya booking akan masuk dalam sistem, SA akan check if kalau nama awak dah buat booking dekat tempat lain, kene cancel that booking dan baru boleh booking dekat tempat baru

      1. Berapa lama proses utk pembatalan tempahan kereta ye... sye ade booking kereta axia di cawangan mid valley, tapi ingin menukar tempahan kepada kereta myvi di cawangan lain...SA seperti tidak membantu utk pembatalan tersebut.. call tidak berangkat, wasap tidak reply...

        1. try call office number that branch, ckp dengan manager senang sikit... based on my experience laa.

      2. Hi Perodua;
        Jika kereta full loan, adakah benar saya perlu bayar downpayment? saya ambil full loan tapi kena bayar downpayment sebelum sign agreement.
        Adakah full loan perlu bayar downpayment?

Ada Soalan? Boleh Bertanya Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Info Terkini Kereta Perodua

Sales Advisor Perodua Mengikut Negeri

car