Lagi 1 bulan insurans dan roadtax kereta nak expired. Mesti korang tengah survey dan bandingkan syarikat insurans / takaful yang sesuai dengan bajet dan perlindungan (coverage) yang diperlukan.
Antara tips yang kebiasaan orang buat sebelum memperbaharui insurans anda adalah dengan melakukan perbandingan dengan beberapa syarikat insurans.
Ini bagi memastikan anda mendapat perlindungan maksimum pada harga yang berbaloi.
Kalau tak nak pening kepala boleh cari ejen insurans dan roadtax atau renew dengan syarikat insurans yang sama korang pilih tahun lepas.
Di Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans kereta mahupun takaful yang anda boleh pilih dan banding.
Etiqa Takaful

Etiqa ialah syarikat insurans dan pengendali takaful di ASEAN. Merupakan sebagai ahli Kumpulan Maybank, ia menawarkan polisi insurans hayat dan am, serta pelan takaful keluarga dan am melalui lebih 10,000 ejen
Allianz

Insurans Motor Komprehensif melindungi kereta anda terhadap liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian atau kecederaan badan, kerosakan harta benda pihak ketiga, kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kereta anda dan kecurian kereta anda. Kini, di bawah payung Inisiatif Insurans Rahmah, anda boleh menikmati faedah tambahan tanpa sebarang caj ekstra.
Takaful Malaysia

Takaful Malaysia ditubuhkan pada 29 November 1984. Lesen komposit syarikat dibahagikan kepada dua pada 2018 dengan Takaful Malaysia Keluarga sebagai syarikat induk yang memiliki 100% Takaful Malaysia Am.
Zurich Takaful

Takaful Zurich Motor adalah patuh Syariah dan menawarkan faedah yang fleksibel, komprehensif dan nilai tambah super untuk melindungi orang tersayang dan kenderaan anda. Pilih takaful motor untuk kenderaan 4-roda, motosikal atau bantuan tepi jalan anda mengikut keperluan anda.
Kurnia Insurans

Kami menawarkan perlindungan yang berpatutan dan komprehensif yang melindungi kedua-dua kereta anda dan kenderaan orang lain. Pelan kami meliputi segala-galanya daripada faedah penting hingga perlindungan lengkap.
Takaful Ikhlas

Dapatkan perlindungan daripada kerugian dan kerosakan pada kenderaan anda dengan caruman yang berpatutan.
Generali

Lindungi kereta anda dengan insurans Komprehensif Kereta Persendirian Generali. Anda juga boleh memilih pilihan tambahan dan faedah untuk perlindungan yang dipertingkatkan di jalan raya.
AIA

Menawarkan perlindungan untuk kereta anda serta yang lain termasuk kerugian, kerosakan, kecederaan dan kematian.
AIG

Kami menyediakan perlindungan menyeluruh untuk anda dan kereta anda, melindungi anda daripada kerosakan pada kenderaan anda sendiri akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian. Kami juga melindungi liabiliti anda kepada pihak lain seperti kerosakan, kecederaan atau kematian kepada pihak lain dan kenderaan mereka.
Tokio Marine






