Sekarang ni nak renew insurans senang je, buat online pon dah boleh semudah di hujung jari. Nak bayar guna kad, ewallet, FPX, malah guna Buy Now Pay Later (BNPL) pon ada.
Seperti mana yang kita tahu, insurans ni sangat penting bagi melindungi kewangan kita sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan di jalan raya, bencana alam dan lain-lain.
Tapi mesti korang pelik kenapa ada syarikat bila nak renew insurans ada yang tawarkan harga sekian-sekian, ada yang murah, ada yang bayar mahal betul tak?
Haaa... actually dia ada beberapa faktor, macam jenis coverage yang di ambil, NCD (Non Claim Discount), market value, brand kereta, tahun pembuatan dan lain-lain.
Of course korang nak tau berapa market value sebenar kereta korang kan?
Ada dua channel yang korang boleh check market value kereta korang:
- MyCarInfo
- CarBase
Atau korang boleh check dengan ejen insurans yang korang kenal untuk tahu berapa market value kenderaan korang.
Baca: Nak Renew Insurans Kereta Perodua? 10 Syarikat di Malaysia
Semak Perlindungan Insurans Kereta Anda

Pergi ke website MyCarInfo: www.mycarinfo.com.my
Selepas itu tekan bahagian I-Search
Nanti anda hanya perlu masukkan nombor plat kenderaan, nama, email supaya report lengkap dapat dihantar ke email anda.
Selepas itu akan keluar satu page yang menunjukkan nombor plat kenderaan anda, maklumat insurans yang kita ambil sekarang dengan status (aktif atau tidak aktif).
Macam Mana Nak Tahu Benefit Insurans Kereta?
Benda ni nak senang korang just perlu call khidmat pelanggan syarikat insurans korang dan tanya mengenai apa yang di cover dalam polisi kenderaan kita dan benefit apa yang kita ambil yang ada dalam polisi tersebut.
Adalah penting untuk pastikan insurans yang korang pilih tu tak under insured, sebab apa yang akan jadi ialah sekiranya sewaktu proses claim nanti (jika berlaku kemalangan dan lain-lain) korang akan perlu bayar perbezaan nilai antara market value dan perlindungan polisi.
Dinasihatkan korang survey sehabis baik sebelum renew insurans kereta korang. Ingat murah tak semestinya berbaloi.
Jadi perkongsian di atas adalah tentang insurans kereta, bagaimana pula dengan takaful (insurans nyawa)?
Anda tahu tak ambil takaful ni sebenarnya membantu melindungi kewangan anda di masa hadapan.
Secara logiknya jika anda menabung RM 200/sebulan belum tentu anda mampu membayar kos rawatan ribuan ringgit sekiranya anda jatuh sikit.
Tetapi hal ini dapat diatas dengan adanya medical card di usia muda.
Caruman pun murah tau bila ambil awal-awal ni (usia muda).
Hubungi Perunding Takaful (SunLife) Aidey Ilham - WhatsApp (+60 11 - 2130 6255)
Perunding Takaful akan cadangkan plan perlindungan yang bersesuian mengikut kemampuan anda (selalunya refer pada gaji bulanan anda).