Untuk mereka yang pertama kali nak beli kereta atau yang baru belajar nak buat pinjaman dengan bank mesti kurang arif pasal proses yang ada untuk bantu pinjaman korang mudah lulus.
Tidak dinafikan proses loan agak rumit dan mengelirukan, ye la kan kita nak pinjam duit dari bank sudah semestinya bank atau creditor nak kenal siapa kita dan kemampuan kita untuk membayar semula hutang tersebut.
Jadi untuk pastikan proses permohonan lebih senang bagi kedua-dua pihak, anda sebagai peminjam perlu tahu dan kena sediakan beberapa dokumen penting supaya anda tahu dengan siapa anda berhutang dan kebolehan untuk membayar bulanan pinjaman tersebut.
Kami juga akan berkongsi strategi yang berkesan untuk meningkatkan skor kredit anda, yang memainkan peranan penting dalam kelulusan pinjaman.
Memahami Proses Pinjaman Kereta di Malaysia
Sebelum anda mula memohon pinjaman atau loan kereta, adalah penting untuk memahami bagaimana proses tersebut berfungsi di Malaysia.
Proses ini biasanya melibatkan langkah-langkah berikut:
Pra-kelulusan:
Ini adalah peringkat awal di mana anda menilai kelayakan anda untuk pinjaman kereta. Anda boleh menyemak skor kredit anda dan membuat sedikit kajian tentang bakal pemberi pinjaman (bank atau creditor) untuk mencari tawaran terbaik.
Permohonan:
Setelah anda menemui pemberi pinjaman yang sesuai, anda perlu melengkapkan borang permohonan. Ini biasanya melibatkan penyediaan maklumat peribadi dan kewangan, serta butiran tentang kereta yang ingin anda beli.
Selalunya nak senang Sales Advisor yang akan tolong anda untuk submit dokumen tersebut. So kalau beli kereta Perodua baru, anda perlu hubungi Sales Advisor Perodua di sini.
Kelulusan:
Pemberi pinjaman iaitu bank atau creditor akan menyemak permohonan anda dan menentukan sama ada untuk meluluskan pinjaman anda ataupun tidak.
Proses ini boleh mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung pada keperluan bank / creditor dan kelayakan kredit anda.
Pengeluaran / Disbursement:
Jika pinjaman anda diluluskan, bank atau creditor akan mengagihkan jumlah pinjaman kepada pengedar (kalau beli kereta Perodua baru, duit akan masuk ke syarikat Perodua) atau penjual kereta, dan anda boleh memiliki kereta itu.
Ambil perhatian bahawa proses pinjaman kereta boleh berbeza-beza bergantung pada pemberi pinjaman dan keadaan individu anda.
Sesetengah bank atau creditor mungkin memerlukan dokumen tambahan atau mempunyai kriteria kelayakan khusus, jadi penting untuk melakukan kajian anda dan bertanya soalan-soalan yang perlu sebelum memohon (contoh: interest rate, berapa tahun loan dan lain-lain).
Kepentingan Skor Kredit Yang Baik (CCRIS)
Skor kredit ialah salah satu faktor terpenting dalam menentukan sama ada pinjaman anda akan diluluskan ataupun tidak.
Skor kredit ialah perwakilan berangka bagi kelayakan kredit anda, berdasarkan faktor seperti sejarah pembayaran anda, penggunaan kredit dan tempoh sejarah kredit.
Bank / creditor menggunakan skor kredit anda untuk menilai risiko meminjamkan wang kepada anda.
Skor kredit yang lebih tinggi menunjukkan bahawa anda seorang peminjam berisiko rendah, manakala skor yang lebih rendah menunjukkan bahawa anda mungkin berisiko lebih tinggi.
Untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman kereta, anda perlu mempunyai skor kredit yang baik.
Anda boleh menyemak skor kredit anda secara percuma dalam talian melalui laman web CCRIS yang dimiliko oleh Bank Negara Malaysia (BNM) (eccris.bnm.gov.my) dan mengambil langkah untuk memperbaikinya, seperti membayar bil tepat pada masanya, mengurangkan baki kad kredit dan mengelakkan permohonan kredit baharu.
Untuk mereka yang tak pernah ada rekod CCRIS dan baru bekerja boleh apply kad kredit sebagai langkah pertama membina kredit profil anda.
Kalau yang baru habis belajar jangan lupa hutang PTPTN tu perlu dibayar. Anda juga boleh mendapat pengurangan pinjaman sekiranya anda grad dengan nilai CGPA yang bagus.
Sediakan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Pinjaman Kereta
Kalau korang beli kereta cash boleh skip part ni.
Anda perlu menyediakan dokumen tertentu untuk menyokong permohonan anda.
Senarai dibawah adalah dokumen yang biasa diminta oleh bank / creditor:
- Dokumen pengenalan, seperti kad pengenalan
- Bukti pendapatan, seperti slip gaji atau penyata bank
- Bukti kediaman, seperti bil utiliti atau perjanjian penyewaan
Baca: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta Baru Perodua
Kesilapan Biasa Yang Perlu Dielakkan Semasa Proses Pinjaman Kereta
Terdapat beberapa kesilapan yang selalu orang buat perlu dielakkan semasa proses permohonan loan, iaitu:
Memohon Terlalu Banyak Pinjaman Sekaligus
Setiap permohonan pinjaman boleh menurunkan skor kredit anda, jadi adalah penting untuk memohon kepada bank yang anda mungkin ada peluang tinggu diluluskan sahaja.
Dan untuk pengetahuan anda setiap kali anda memohon loan, dalam sistem bank seluruh Malaysia, akan ada satu data yang menunjukkan anda pernah memohon pinjaman yang sama sebelum ini di bank lain.
Gagal Membaca Perjanjian Pinjaman
Sentiasa baca perjanjian pinjaman dengan teliti dan fahami terma dan syarat sebelum menandatangani.
Hal ini kerena setiap bank ada penalti dan cas tersendiri sekiranya anda lewat membayar, dan lain-lain. Jadi ketahui cas-cas tersebut supaya anda fahami risiko yang anda ambil untuk dapatkan pinjaman dari bank.
Terlebih Pinjaman
Elakkan meminjam lebih daripada yang anda mampu bayar, kerana ini boleh menyebabkan tekanan kewangan.
Mengabaikan Kos Lain
Mengambil kira kos lain yang berkaitan dengan memiliki dan penjagaan kereta, seperti cukai jalan (roadtax), insurans, penyelenggaraan (service maintenance), perbelanjaan bahan api (minyak), tol, parking dan lain-lain.
Tidak Membuat Kajian
Sentiasa bandingkan bank-bank di Malaysia untuk mencari tawaran terbaik yang sesuai dengan kemampuan anda.
Kalau dapat interest rate rendah lagi bagus.






Jikalau kita memohon loan bank tetapi tidak jadi menerima tawaran loan bank tersebut, adakah memberi kesan kepada saya jika memohon loan pada bank lain pada masa akan datang.
Selalunya tidak akan effect, just recommend jangan apply banyak bank dalam satu masa