Sebelum beli kereta selalunya korang akan survey dulu harga, jenama dan jenis kereta. Tapi pastikan korang tak buat kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli kereta baru.

Beli Kereta Tak Ikut Kemampuan Gaji

Walaupun bank bagitau anda lepas bayar loan bulan-bulan tak semestinya anda layak memiliki kereta tersebut.

Hal ini diesebabkan setiap orang lifestyle mereka berbeza-beza, begitu juga dengan komitmen bulanan.

Ada orang makan sehari (pagi, tengah hari, malam) baru dalam RM 15-30, ada orang makan sehari dah nak RM 50.

Jadi kita perlu kira kemampuan kita untuk membayar komitmen kereta bukan sekadar lepas loan bank sahaja.

Tak Ambil Insurans Tambahan Seperti Special Perils dan Cermin

Perasan tak tahun 2021, 2022 dan 2023 ni banyak berlaku banjir? Tempat yang kita rasa tak pernah berlaku banjir pon boleh banjir tau.

Jadi inilah peranan special perils yang dimana memberikan perlindungan kepada kenderaan kita sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan dan lain-lain.

Kalau ikut pengiraan, insurans atau takaful bencana alam ni memang agak mahal sedikit. Tapi untuk ketenangan fikiran pada masa akan datang dan juga kewangan, lebih baik dapatkan perlindungan sekarang.

Kalau tiba-tiba kereta masuk air disebabkan banjir dan kita tiada perlindungan tambahan pihak takaful atau insurans tidak akan cover tau kos baik pulih kenderaan anda.

Sama juga dengan insurans cermin, kalau tak ambil memang tak cover la jawabnya kos nak tukar cermin jika kereta anda cermin retak.

Biasanya kawasan yang banyak lori lalu, sangat disarankan untuk ambil insurans cermin kalau batu kecil kena dekat cermin depan boleh retak tau.

Nak tukar cermin bukan murah ya, tambahan pula kereta yang jenis ada sensor memang harga sangat mahal.

Tak Ambil Kira Maintenance Bulanan

Seronokkan dapat bawak kereta baru? Yang tak seronoknya of course la bayar bulan-bulan.

Selain daripada bayaran bulanan kereta ada lagi kos yang korang perlu ambil kira, dan lebih bagus kalau korang tanya Sales Advisor korang dahulu tentang kos-kos tersebut. Sebagai contoh:

Kos Roadtax dan Insurans

Setiap tahun jangan lupa kena renew roadtax dan insurans kereta.

Pengiraan roadtax mengikut CC kereta

Pengiraan insurans pula mengikut market value kereta tersebut dan faktor-faktor lain seperti jenama, spare parts dan lain-lain.

Kos Minyak

Korang boleh tanya je SA sekali isi full tank berapa kan.

Kalau isi full tank RM 50 darab 4 minggu = sebulan RM 200.

Jadi korang dah boleh agak sebulan maybe akan spend around RM 200 - RM 300 untuk minyak sahaja.

Ye laa weekend pun nak jalan-jalan jugak betul tak?

Kos Servis

Selalunya kalau beli kereta baru dah ada jadual servis yang telah ditetapkan.

Setiap 3/6 bulan kena buat apa dan servis apa yang akan dibuat, atau setiap 10,000 KM kena pergi pusat servis kereta untuk tukar minyak hitam dan lain-lain servis yang perlu.

Contoh servis:

  • Tukar Minyak Hitam
  • Tukar Penapis Minyak
  • Tukar Penapis Udara
  • Tukar Spark Plug
  • Tukar Cecair Pencuci Cermin
  • Tukar Minyak Brek
  • dan lain-lain

Dari sini korang boleh agak setiap 3-6 bulan sekali korang akan keluarkan sejumlah duit untuk servis kereta supaya ia sentiasa dalam keadaan baik dan tak akan rosak pada masa akan datang.

Tapi andai kata rosak juga kena la ambil tahu berapa harga alat ganti (spare parts) kereta tersebut.

Contoh:

  • Harga Tayar
  • Harga Cermin
  • Harga Bumper
  • dan lain-lain parts

dan kos-kos lain seperti bayar tol, bayar parking pon perlu ambil kira ya.

Tag Berkaitan: , , ,
Info Ini Berguna Untuk Anda? Kongsikan 
Jom Beli Kereta Perodua Baru
Lebih Ramai Sales Advisor Disini
Lebih Banyak Artikel Mengikut Kategori

One comment on “3 Kesilapan Biasa Dibuat Bagi Yang Pertama Kali Beli Kereta”

Tinggalkan Balasan kepada Lucas Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Info Terkini Kereta Perodua

Sales Advisor Perodua Mengikut Negeri

car