Apabila anda memiliki kereta baru, selain ingin menikmati pengalaman memandu kereta yang ‘fresh’ dari kilang, tentu anda juga nak pastikan kereta anda tahan lama.
Seperti yang kita semua sedia maklum, penjagaan kereta adalah sangat penting, terutamanya buat pemilik-pemilik kereta Perodua, tetapi menjaga kereta bukannya sesuatu yang leceh untuk dibuat.
Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan kereta anda berfungsi dengan baik dan kelihatan ‘fresh’ untuk jangka masa yang lama.
Bermula dari penyelenggaraan biasa hinggalah keperluan yang special hanya untuk kereta-kereta Perodua. Kali ini, kami akan kupaskan beberapa tips penting untuk mengekalkan dan memanjangkan hayat kereta Perodua baru anda dalam keadaan paling optimum.
Langkah-langkah Penjagaan Asas untuk Kereta Perodua Anda
Sebelum kita melangkah lebih jauh ke dalam tips penjagaan kereta, mari kita ingat bahawa sebuah kereta bukan sekadar alat pengangkutan - ia adalah pelaburan jangka panjang dan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Seperti mana kita menjaga kesihatan dan kesejahteraan kita sendiri, kereta juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang konsisten.
Dengan mengetahui dan memahami langkah-langkah asas dalam penjagaan kereta, kita bukan sahaja memastikan kereta kita berfungsi dengan baik, tetapi juga mengekalkan nilainya untuk masa yang lama. Mari kita lihat bagaimana kita boleh pastikan kereta Perodua anda sentiasa dalam keadaan terbaik!
1. Penyelenggaraan Berkala
Kekerapan: Setiap kali mencapai mileage yang ditetapkan dalam buku panduan pemilik.
Objektif: Ini adalah antara langkah-langkah asas dalam memastikan kereta anda berfungsi dengan baik dan tahan lama.
2. Tukar Minyak Hitam dan Oil Filter

Kekerapan: Ikut jadual yang disarankan oleh Perodua.
Objektif: Penapis baru dan minyak enjin yang bersih memastikan enjin berjalan cekap dan mengelakkan kerosakan akibat kontaminasi.
Kos: RM50 - RM250
3. Memeriksa Tekanan Tayar
Kekerapan: Paling kurang sebulan sekali.
Objektif: Meningkatkan keselamatan dalam perjalanan dan mengurangkan penggunaan bahan bakar yang tidak konsisten.
Kos: Percuma
4. Switch Tayar
Kekerapan: Setiap kali mencapai mileage ke 10,000km sehingga 16,000km.
Objektif: Memastikan setiap tayar mendapat penggunaan yang optimum di samping memanjangkan tempoh penggunaan tayar.
Kos: RM20 - RM50
5. Tukar Brake Fluid
Kekerapan: Setiap dua tahun sekali.
Objektif: Brake fluid yang bersih membantu brek kereta berfungsi dengan baik dan mengelakkan kemalangan.
6. Memeriksa Keadaan Coolant
Kekerapan: Sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.
Objektif: Coolant yang cukup diperlukan unutk menghalang enjin daripada menjadi terlalu panas dengan cara mengawal suhunya.
Kos: RM100 - RM200 (jika perlu)
7. Tukar Bateri Kereta

Kekerapan: 1 - 5 tahun
Objektif: Bateri berfungsi untuk menghidupkan enjin kereta anda.
Kos: Bermula RM 100++ (bergantung pada model kereta)
8. Bersihkan Luaran dan Dalaman Kereta
Kekerapan: Mengikut keperluan, tetapi disarankan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Objektif: Mengelakkan kerosakan pada cat dan interior kereta oleh debu dan kotoran. Cat kereta akan rosak sekiranya debu dan kotoran tidak dibersihkan dengan kerap!
Kos: Percuma (jika anda buat sendiri) dan bermula RM 20+ (bergantung kepada pakej disediakan)
9. Wax Kereta Anda:
Kekerapan: Setiap 3 hingga 6 bulan.
Objektif: Lapisan wax melindungi cat dari elemen-elemen luaran seperti hujan dan habuk. Dengan ini kilauan kereta anda kekal lebih lama tanpa terjejas.
10. Simpan Kereta Di Tempat yang Sejuk dan Kering:
Kekerapan. Kalau boleh, selalu, terutamanya semasa musim hujan atau panas terik.
Objektif: Tempat yang sejuk dan kering memanjangkan jangka hayat tayar dan mencegah kerosakan bateri.
Pro-Tips Untuk Kereta Perodua:
- Dapatkan Perkhidmatan di Pusat Perkhidmatan Perodua Berlesen: Pilihan pusat perkhidmatan berlesen amat penting untuk memastikan kereta anda mendapat servis berkualiti tinggi. Jika diabaikan, risiko terguna alat-alat ganti tiruan akan meningkat. Dan, ini boleh mempengaruhi prestasi dan keselamatan kereta.
- Guna Alat Ganti Perodua yang Original: Alat ganti asli memastikan kereta berfungsi pada prestasi optimum. Menggunakan alat ganti bukan asli boleh menyebabkan kereta anda cepat rosak dan mengurangkan jangka hayat komponen tersebut.
- Pastikan Penapis Udara Kereta Anda Bersih: Penapis udara yang bersih menjamin aliran udara yang sempurna ke enjin. Sekiranya diabaikan, penapis yang kotor boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar dan membantutkan prestasi enjin.
- Tukar Timing Belt Setiap 100,000km: Komponen ini sangat penting untuk fungsi enjin. Sekiranya timing belt putus dan anda tidak menyedarinya, ia boleh mengakibatkan kerosakan enjin yang lebih mahal untuk dibaiki.
Menjaga kereta bukanlah tugas yang sepatutnya dianggap ringan. Ia adalah tanggungjawab setiap pemilik kereta untuk memastikan bahawa kereta mereka berada dalam keadaan yang terbaik. Dengan ini, bukan sahaja keselamatan diri kita dan penumpang terjaga, malah anda juga dapat menjimatkan kos untuk jangka masa yang lebih panjang. Kereta yang dijaga dengan baik akan mempunyai jangka hayat yang lama, prestasi yang lebih baik, dan resale value yang tinggi.
Lagipun, kereta Perodua adalah simbol kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia, dan patut diberi perhatian yang selayaknya.
Kesimpulannya, amalan penjagaan kereta yang proaktif akan memberi perlindungan terhadap kereta, dompet dan yang paling penting keselamatan. Oleh itu, anda perlu komited untuk memberikan yang terbaik untuk kereta kesayangan anda!
Saya nak tanya , adakah kereta bezza baru keluar boleh naik bukit seperti genting highland?
Kereta Bezza Premium Model Tahun 2016.
Button on tdk (tidak dapat dihidupkan).
Remote (battery) sudah ditukarpun masih
Tidak dapat dihidupkan.