Kini menjadi satu keperluan untuk sesorang memiliki sebuah kenderaan sama ada kereta mahupun motorsikal sebagai pengangkutan utama untuk bergerak kemana-mana sahaja.
Tidak dinafikan pengakutan awam (seperti bas, kereta api dan teksi) juga boleh dijadikan sebagai alternatif untuk bergerak, akan tetapi dari segi fleksibiliti, kewangan dan masa akan menjadi faktor utama untuk membeli sebuah kenderaan sendiri.
Pelajar universiti yang baru mendapat kerja (kebanyakkannya fresh graduates) perlu bijak dalam mengurus kewangan dengan betul. Cara ini dapat melatih diri untuk berdisiplin dalam berbelanja dalam kehidupan seharian.
Dan cara yang disenaraikan dibawah tidak hanya terpakai oleh golongan yang baru bekerja sahaja, sesiapa pun boleh follow tips ini untuk belajar urus kewangan dengan lebih baik.
Menabung Dengan Mengasingkan Duit Gaji Mengikut Rule 50-30-20

Anda boleh adjust formula diatas mengikut kesesuian boleh jadi, 60-30-10, 50-40-10, 70-20-10 dan lain-lain.
Formula 50-30-20:
- 50% - Bayar Komitmen (Rumah, Kereta, Bil, Groceries, dll)
- 30% - Perbelanjaan Sendiri (Makan & Minum, Shopee, dll)
- 20% - Duit Simpanan Untuk Kecemasan (Simpan, Takaful)
20% tu boleh jadi perbelanjaan sendiri dan 30% adalah duit simpanan (in case korang nak cepat build duit saving korangkan)
Sebagai contoh sekiranya anda bergaji kasar RM 2000/bulan selepas tolak KWSP, SOCSO dan IES maybe akan tinggal dalam RM 1766.35.
Jadi anda boleh asingkan. 50% (RM 883) untuk bayar komitmen bulanan anda seperti sewa rumah, hutang PTPTN, bil internet dan telefon, bil api dan air, dan lain-lain keperluan.
Manakala 30% (RM 530) untuk perbelanjaan harian seperti makan minum, weekend (cafe hunting, self reward, main bowling, movie dan lain-lain)
dan last sekali 20% (RM 353) untuk simpanan kecemasan atau ambil medical card / income protectian plan.
Selalunya medical card boleh dapat serendah RM 50 ke RM100/bulan (minimum coverage).
Anda mungkin ada lebih RM 200-RM 250/bulan untuk simpanan.
Jadi dalam setahun anda dah ada RM 2,400 - RM 3,000 simpanan yang boleh dijadikan sebagai deposit untuk beli kereta atau motor.
Kalau nak beli kereta bank hanya boleh luluskan 90% pinjaman jadi lagi 10% daripada harga kereta kena bayar sebagai deposit / downpayment.
RM 3,000 boleh beli kereta Axia atau Myvi (low spec) tau.
Method di atas sesuai untuk mereka yang baru nak belajar menyimpan. Jadi anda boleh withdraw duit tu pada bila-bila masa sekiranya berlaku kecemasan.
Tapi kalau korang jenis yang dah pandai menyimpan dan tak usik duit, saya cadangkan untuk gunakan beberapa alternatif yang berkonsepkan pelaburan.
Kenapa? Dalam menyimpan juga anda akan mendapat pulangan (faedah atau interest) daripada hasil simpanan anda. Ini sesuai untuk simpanan jangka masa panjang dan dalam masa yang sama boleh kumpul duit deposit kereta atau motor.
Mula Simpan dan Labur di Platform ASNB (Amanah Saham Nasional Bumiputra)
Tips menyimpan di ASNB ni boleh diguna pakai untuk mereka yang ingin simpan duit deposit kereta, deposit rumah atau yang nak simpan duit untuk berkahwin.
Platform Amanah Saham Nasional Bumiputra atau dikenali sebagai ASNB merupakan sejenis pelaburan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi bumiputra.
Kenapa ASNB?
Kalau korang simpan duit di bank sahaja, berkemungkinan bank akan bagi pulangan sekita 0% - 1% setiap tahun. Kalau simpan dekat fixed deposit dalam 1% - 3% setahun.
Tetapi pulangan ASNB boleh dapat sekita 4% - 10% bergantung kepada prestasi ekomoni pada tahun tersebut.
Haaa banyak kan? ASNB ni boleh kata low risk punya investment, jadi korang tak perlu risau sekiranya pelaburan jadi negatif (-) melainkan yang buat ASBF.
Kalau rasa sikit simpan dan labur di ASNB ni pulanganya sikit. Boleh teruskan membaca
Simpan Duit Dalam Bentuk Emas di Public Gold

Korang mesti penah dengar 1 Dinar (4.25g emas) boleh beli seekor kambing waktu zaman dulu-dulu. Kini? 1 Dinar tersebut masih boleh beli seekor kambing.
Nak bagitaunya nilai emas takkan menurun, dan sentiasa akan menaik (kalau dilihat dalam jangka masa panjang). Senang cerita emas ni kalis inflasi.
Jadi macam mana korang nak start menyimpan emas ni?
Ada beberapa platform yang korang boleh guna dan manfaatkan untuk menyimpan emas seperti yang guna Maybank (Maybank Islamic Gold Account-i), Quantum Metal, Public Gold dan lain-lain.
Disebabkan saya pengguna Public Gold (PG) jadi saya terangkan kelebihan beli emas melalui Public Gold.
di PG ada tiga cara untuk pembelian emas:
- Pembelian tunai (full payment)
- Pembelian EPP (Easy Payment Purchase) (6 dan 10 bulan)
- Pembelian GAP (Gold Accumulation Program)
Jadi korang ada pilihan sendiri untuk menyimpan, kalau guna GAP korang boleh menyimpan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online.
Konsepnya sama seperti akaun bank online, bezanya akaun GAP memaparkan simpanan gram emas (g) manakala akaun bank memaparkan simpanan wang ringgit (RM).
Kalau guna EPP korang boleh membeli emas pada harga sekarang dan boleh buat bayaran sebanyak 6 kali selama 6 bulan (EPP6) atau bayaran sebanyak 10 kali selama 10 bulan (EPP10). Dan emas korang akan di hantar ke pintu rumah anda selepas selesai kesemua bayaran.
Daftar Akaun Public Gold Disini
Melabur di Unit Trust (Public Mutual, Kenanga)
Sebenarnya ada banyak lagi platform unit trust yang korang boleh jumpa tapi Public Mutual dan Kenanga adalah yang paling terkenal.