Kebiasaannya, kedudukan bateri kereta terletak pada bonet (bahagian hadapan) tetapi kedudukan bateri ini bergantung kepada kenderaan yang anda pandu sebab ada terletak kat bahagian kiri, ada kat bahagian kanan.

Manakala jangka hayat bateri kereta pula bergantung pada kekerapan anda menggunakan kereta anda.

Kalau jenis kerja perlukan anda bergerak kesana kesini atau melakukan e-hailing, bateri kereta akan cepat habis.

Adakah anda tahu bahawa semasa nak start enjin kereta, tenaga daripada bateri diperlukan? serta kebanyakkan aksesori kereta seperti lampu, dashcam, dan lain-lain juga perlukan tenaga daripada bateri.

Jadi mesti anda tertanya-tanya bila perlu tukar bateri ni sebenarnya, berapa lama jangkat hayat bateri, betul tak?

Jangka Hayat dan Bila Perlu Tukar Bateri Kereta?

Biasanya, jangka hayat bateri kereta ini adalah 1-2 tahun. Kalau beli bateri kereta di kedai akan dapat waranti sehingga 12-16 bulan.

Kalau agak-agak dah setahun pakai bateri, boleh la mula untuk check keadaan bateri masih bagus atau tidak. Kadang-kadang ada kereta yang banyak penggunaan bateri jadi dalam masa setahun mesti kena tukar.

check bateri kereta
check bateri kereta

Jika bateri kereta anda berada pada 60 peratus, anda masih boleh mengecas bateri tanpa perlu menukarnya kepada bateri kereta baharu pada masa itu. Tetapi jika tahap peratusan telah mencapai 40 peratus dan ke bawah, kereta anda memerlukan bateri baharu.

Kalau nak tahu bateri kereta masih elok atau tidak, anda boleh ke kedai bateri berhampiran atau kalau tiba-tiba bateri kong boleh hubungi mana-mana kedai bateri berdekatan. Biasanya akan ada runner yang yang buat servis penghantaran bateri.

Senarai Kedai Bateri di Seluruh Malaysia

BateriHub

baterihub website
baterihub website

Lebih 80 Outlet di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Kelantan, dan banyak lagi akan datang tidak lama lagi.

Pertukaran Bateri 1-to-1 secara percuma jika bateri menemui masalah selepas pemeriksaan oleh juruteknik profesional kami semasa tempoh jaminan (warranty).

Website: www.baterihub.com

Bateriku

bateriku website
bateriku website

Setiap kali tukar bateri di kedai bateriku akan provide satu sticker dengan anggaran tarikh seterusnya untuk tukar bateri baru.

Bateriku juga mengeluarkan produknya senditi iaitu astra.

Korang tau tak kalau download apps bateriku boleh beli bateri melalui telefon anda? Lebih menarik lagi boleh buat instalment plan tau dengan Buy Now Pay Later!

Website: bateriku.com

Senarai Jenama Bateri Kereta Yang Terdapat di Malaysia

  • Century
  • Indigo
  • Voltec
  • Astra
  • Amaron
  • Motolite
  • Osima
Tag Berkaitan:
Info Ini Berguna Untuk Anda? Kongsikan 
Jom Beli Kereta Perodua Baru
Lebih Ramai Sales Advisor Disini
Lebih Banyak Artikel Mengikut Kategori

One comment on “Tips: Bila Perlu Tukar Bateri Kereta?”

  1. Kereta saya tukar bateri melalui Perodua pada 30/05/2024,hari ini saya cuba menghidupkan kereta tidak boleh hidup,saya tidak pasti kenapa

Ada Soalan? Boleh Bertanya Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Info Terkini Kereta Perodua

Sales Advisor Perodua Mengikut Negeri

car