Haaa dah dapat beli kereta baru tu mesti bestkan, tahniah kepada pemilik kereta baru Perodua!

So next apa yang korang boleh buat? selalunya bagi mereka yang berkerja di KL dan Selangor atau selalu park kereta dekat tempat panas mesti akan pasang tinted kereta.

Kenapa? tinted ini memainkan pereanan untuk mengawal sinaran UV yang masuk kedalam kereta anda supaya anda tidak berasa bahang didalam kereta semasa park kereta di bawah matahari atau pandu di jalan raya.

Dalam masa yang sama juga tinted juga dapat memberikan sedikit privasi kepada pemandau dan penumpang didalamnya terutama sekali untuk pemandu wanita.

Walaubagaimanapun, pemasangan tinted selain daripada yang dikeluarkan dan dipasang oleh kilang akan menyebabkan tinted yang sedia ada akan void warranty.

Jadi keputusan di tangan anda.

Kenapa Tinted Kereta Sangat Penting?

Sebab utama sudah semestinya dekat Malaysia ni panas. Tambahan pula yang tinggal dan bekerja di kawasan bandar. Jadi dengan adanya tinted dapat kurang ketidakselesaan semasa memandu.

Ada 3 benda yang korang perlu tau sewaktu nak beli dan pasang tinted iaitu:

Visible Light Transmitted (VLT) - Ketulusan Cahaya

Basically ni peratus kegelapan tinted. Kalau pergi kedai lagi tinggi peratusan tu lagi gelap tinted tersebut.

Selalunya kedai yang jual tinted akan ada peratusan kegelapan bermula 30% sehingga 95%.

Ultraviolet (UV) - Sinaran UV

Sinaran UV ini terdapat dalam cahaya matahari dan boleh menyebabkan kerosakan pada mata, kulit dan bahagian dalaman kereta kita.

Infrared Rejection (IR) - Haba

Sinaran inframerah secara amnya tidak dapat dilihat oleh mata manusia tapi kita boleh rasa benda tu iaitu haba, bahang yang korang rasa dalam kereta tu, itulah haba sebenarnya.

Jadi fungsi IRR pada tinted kereta menolak haba dari menembusi cermin kereta anda.

Semua komponen di atas akan menentukan berapa peratusan cahaya yang masuk kedalam kenderaan anda, membantu mengekalkan suhu di dalam kereta dan menjadikan pemanduan lebih selamat, menyeronokkan, selesa dan kurangkan tekanan.

Yelaa dah la tengah drive, panas pulak tu, dapat pulak nanti orang kat depan bawak perlahan je. Mana tak stres macam tu kan?

Selain daripada itu juga, tinted kereta yang gelap dapat memastikan barang yang diletakkan di dalam kereta lebih selamat daripada kecurian.

Kalau tak pasang tinted yang sedikit gelap, nampak pulak kereta tu macam akuarium, kena pulak haritu tertinggal laptop dalam kereta, berkemungkinan orang akan senang nampak dan pecahkan tingkap dan ambil barang berharga yang ada.

Tapi, sebelum nak pasang tinted....

Peraturan atau Undang-Undang Untuk Pasang Tinted Kereta di Malaysia Yang di Keluarkan oleh JPJ

Peraturan cermin gelap telah pun berkuatkuasa bermula Mei 2019.

Peraturan semasa menyatakan bahawa cermin depan boleh mempunyai kegelapan sehingga 70% Transmisi Cahaya Kelihatan (VLT), manakala tingkap sisi hadapan boleh mempunyai kegelapan sehingga 50% VLT.

Tingkap sisi belakang dan cermin depan belakang, bagaimanapun, boleh mempunyai kegelapan sepenuhnya.

  • Bahagian hadapan: 70%
  • Bahagian sisi hadapan kiri dan kanan: 50%
  • Bahagian sisi belakang kiri dan kanan: 0% (Tiada had)
  • Bahagian belakang: 0% (Tiada had)

Jenis Tinted Kereta Yang Terdapat di Pasaran

Terdapat beberapa jenis tinted untuk dipilih, masing-masing mempunyai ciri dan faedah tersendiri.

Dyed Window Tint

Tinted jenis ini dibuat dengan melapisi filem poliester yang dicelup pada kaca.

Ia terkenal dengan keupayaannya untuk mengurangkan silau dan memberikan privasi.

Harga: Paling murah

Metalized Window Tint

Tinted metalized mengandungi zarah logam kecil yang memantulkan haba dan sinaran UV.

Tinted jenis ini mempunyai penolakan haba dan ketahanan yang sangat baik.

Walau bagaimanapun, ia mungkin mengganggu peranti elektronik seperti GPS atau isyarat telefon mudah alih. Dan juga kalau lalu RFID atau Smart Tag tu faham-faham la kenapa susah nak detect.

Harga: Lebih mahal berbanding Carbon Windown Tint

Carbon Window Tint

Tinted karbon diperbuat daripada zarah karbon yang menyekat sinaran UV dan mengurangkan haba.

Mempunyai rintangan haba yang terbaik dan tahan lama.

Tinted karbon juga memberikan kemasan matte yang licin pada cermin kereta anda.

Harga: Sedikit mahal berbanding Dyed Window Tint

Ceramic Window Tint

Tinted seramik ialah pilihan yang paling terbaik.

Diperbuat daripada nanopartikel seramik yang menawarkan tahap haba tertinggi dan penolakan UV.

Tinted seramik memberikan penglihatan semasa memandu yang sangat baik dan tidak mengganggu peranti elektronik.

Harga: Paling mahal

Tetapi harga tinted mungkin berbeza mengikut jenis, jenama dan komponen tambahan yang ada pada tinted itu sendiri.

Tag Berkaitan:
Info Ini Berguna Untuk Anda? Kongsikan 
Jom Beli Kereta Perodua Baru
Lebih Ramai Sales Advisor Disini
Lebih Banyak Artikel Mengikut Kategori

Ada Soalan? Boleh Bertanya Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Info Terkini Kereta Perodua

Sales Advisor Perodua Mengikut Negeri

car