Kereta Perodua Bezza antara kereta sedan yang paling laris buat masa sekarang. Sesuai untuk perjalanan dalam bandar kerana kereta ini boleh dikatakan sangat jimat minyak dan juga ruang hood yang sangat luas.

Boleh letak banyak barang dalam hood, kereta yang sangat 'convenient' untuk perjalanan balik kampung.

Harga Bezza dalam range RM 35 000 - RM 50 000 dan boleh dikatakan sangat-sangat 'affordable'.

Penggunaan minyak Perodua Bezza secara purata dalam anggaran 21.3 KM/L mengikut cara pemanduan.

bezza advance fuel consumption

Senarai harga kereta Bezza baru ada dibawah. Lihat spesifikasi penuh Perodua Bezza.

Berikut adalah harga kereta Bezza terkini bagi pembeli yang berada di semenanjung Malaysia sahaja. Pengiraan ansuran bulanan adalah berdasarkan pembiyaan/pinjaman bank 7 dan 9 tahun dan juga Interest Rate 3% tanpa downpayment..

Varian Harga OTR Bayaran Bulanan Gaji Minima (Bersih)
7 Tahun 9 Tahun
1.0 G MT RM 34 580 RM 498.12 RM 406.64 RM 2000
1.0 G AT RM 36 580 RM 526.93 RM 430.15 RM 2000
1.3 X AT RM 43 980 RM 633.52 RM 517.17 RM 2100
1.3 AV AT RM 49 980 RM 719.95 RM 587.73 RM 2200

*Kelulusan pinjaman kereta tertakluk kepada terma & syarat daripada pihak bank.

Nota:
Harga yang ditunjukkan mungkin berbeza mengikut harga semasa Perodua dan juga interest rate bank. Untuk harga yang lebih tepat, anda boleh semak dengan Sales Advisor terlebih dahulu.

Kebiasaanya interest rate berbeza untuk setiap bank dan anda akan dapat dalam range 2.85% - 3.25% - bergantung kepada score yang bank tetapkan.

Seeloknya sediakan 10% deposit daripada harga kereta sebagai 'downpayment', cara ini membantu untuk kurangkan bayaran bulanan kereta Bezza baru dan juga interest.

perodua bezza baru exterior design
Bezza Exterior Design

Model Bezza 1.0 G MT

bezza varian g

Bermula dengan model 1.0 G MT, Bezza didatangkan dengan ciri asas seperti power window, keyless entry, sistem penghawa dingin manual dan sistem audio asas dengan dua pembesar suara. Model ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang ketat tetapi masih mahukan kereta yang menawarkan ciri-ciri yang baik.

Model Bezza 1.0 G AT

Beralih ke model 1.0 G AT, anda mendapat ciri-ciri tambahan daripada transmisi automatik. Ini menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari kereta mampu milik yang mudah dipandu, terutamanya dalam trafik yang sentiasa 'jam'.

Model Bezza 1.3 X AT

bezza varian x

Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih premium, model 1.3 X AT menawarkan ciri tambahan seperti sistem infotainment skrin sentuh dengan sambungan Bluetooth, reverse camera dan kawalan audio yang dipasang pada stereng.

Model ini sesuai untuk mereka yang mahukan kereta yang padat dengan ciri-ciri mewah tetapi masih menawarkan nilai yang hebat untuk wang.

Model Bezza 1.3 AV AT

bezza varian advance

Model 1.3 AV AT lebih 'advance' dengan penambahan ciri seperti lampu depan LED, lampu kabus hadapan dan push start button.

Model ini menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih premium, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kereta yang praktikal dan mewah.

Proses Untuk Membuat Tempahan Kereta Bezza Baru

  1. Call / WhatsApp Sales Advisor Perodua berdekatan.
  2. Hantar dokumen yang diperlukan.
  3. Bank check kelayakan pinjaman.
  4. Masuk booking dan tunggu prosess pengeluaran kereta.
  5. Ambil kereta baru di Showroom Perodua, atau boleh jumpa Sales Advisor di mana-mana tempat mengikut persetujuan.
Tag Berkaitan:
Info Ini Berguna Untuk Anda? Kongsikan 
Jom Beli Kereta Perodua Baru
Lebih Ramai Sales Advisor Disini
Lebih Banyak Artikel Mengikut Kategori

Ada Soalan? Boleh Bertanya Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Info Terkini Kereta Perodua

Sales Advisor Perodua Mengikut Negeri

car