Sekarang anda sudah ada gaji tiap-tiap bulan masuk ke dalam akaun bank. Dan currently tengah survey kereta apa yang bersesuian untuk dijadikan sebagai kereta baru pertama anda?

Ramai anak muda terutama sekali 'fresh grad' akan survey kereta baru seperti Perodua Axia, Perodua Myvi, Proton Saga, Proton Iriz untuk dijadikan sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke tempat kerja.

Dan ramai juga yang akan tertanya-tanya macam mana nak tau kereta apa yang bersesuaian dengan gaji yang kita peroleh sekarang.

Kami kongsikan formula yang boleh diguna pakai.

Minimum Gaji Bersih = Bayaran Bulanan Kereta Darab 4.

Sebagai contoh, anda sekarang sedang mencari kereta Axia Advance, anda dapat tahu bayaran bulanan kereta tersebut sebanyak RM 600 untuk 9 Tahun.

Jadi untuk tau berapa gaji minimum yang diperlukan untuk lepas kelayakan bank adalah dengan darab bayaran bulanan kereta dengan 4 bulan.

RM 600 x 4 = RM 2400

Maka disini kita tau gaji bersih yang diperlukan untuk lepas pinjaman bank ialah minimum sebanyak RM 2400

Nota: Kelayakan anda bergantung kepada pihak bank. Berkemungkinan gaji bersih yang lebih rendah juga layak untuk lulus pinjaman.

Baca: Fahami Berbezaan Antara Gaji Pokok, Gaji Kasar dan Gaji Bersih.

Kenapa Gaji Perlu Lebih Banyak daripada Syarat Minimum Bank?

Untuk memastikan anda sebagai owner kereta mampu menjaga atau 'bela' kereta baru, gaji perlulah lebih banyak daripada syarat minimum yang ditetapkan oleh bank.

Ini kerana banyak perkara yang anda perlu ambil kira seperti kos 'maintenance' / penyelenggaraan kereta (servis berkala), bayar minyak (kebiasaannya anda akan isi full tank untuk setiap satu minggu), bayar tol dan parking (pergi ke tempat kerja), roadtax dan insurans (setiap tahun kena renew).

Panduan yang kami kongsikan adalah sebagai panduan kepada pembeli kereta, anda boleh jadikan panduan ini sebagai salah satu cara anda buat 'decision making' dalam memilih kereta yang sesuai mengikut keperluan semasa anda.

Tag Berkaitan:
Info Ini Berguna Untuk Anda? Kongsikan 
Jom Beli Kereta Perodua Baru
Lebih Ramai Sales Advisor Disini
Lebih Banyak Artikel Mengikut Kategori

Ada Soalan? Boleh Bertanya Disini

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Info Terkini Kereta Perodua

Sales Advisor Perodua Mengikut Negeri

car